- Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yang ketiga.
- Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian perlembagaan atau ketertinggian undang-undang.
- Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.
- Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
- Melalui konsep ini, tiada institusi yang dapat mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.
Blog Ini Menerangkan Tentang Konsep Keluhuran Perlembagaan, Tujuan Perlembagaan, Ciri-ciri Perlembagaan Dan Pindaan Perlembagaan.
Sabtu, 20 Ogos 2016
Konsep Keluhuran Perlembagaan
Tujuan Perlembagaan
- Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen penting di Malaysia.
- Tujuan Perlembagaan
- Mewujudkan Pemerintahan Yang Adil
- Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan tolak ansur dan permuafakatan kaum
- Memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut memelihara hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.
- Pembentukan integrasi kaum yang bersatu padu dan setia kepada negara.
Langgan:
Catatan (Atom)