Sabtu, 20 Ogos 2016

Konsep Keluhuran Perlembagaan


  • Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yang ketiga.
  • Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian perlembagaan atau ketertinggian undang-undang.
  • Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.
  • Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
  • Melalui konsep ini, tiada institusi yang dapat mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.

Tujuan Perlembagaan


  • Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen penting di Malaysia.
  • Tujuan Perlembagaan


  1. Mewujudkan Pemerintahan Yang Adil
  • Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan tolak ansur dan permuafakatan kaum
  • Memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut memelihara hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.
  • Pembentukan integrasi kaum yang bersatu padu dan setia kepada negara.